Pages

December 29, 2009

d pentas drama

Di tepi jalanan itu
Di bawah kilauan mentol tinggi itu
Di situlah bermulanya kisah kita
Termetri sebuah pelayaran
Di lautan yang belum pasti kesudahannya

Kita meniti hari demi hari
Menyulam kasih
Menyemai sayang
Memotret cita dan impian

Memori mengintai mindaku
Deruan ombak tanpa henti
Sorokan gembira di taman tema
Kilauan cahaya peneman malam
Gema dan keasyikan layar perak
Segalanya mencipta keajaiban

Alangkah indahnya andai segalanya realiti
Realitikah?
Atau cuma anganan sendiri?
Hakikatnya akulah pencipta drama itu
Akulah pelakon itu
Akulah pengarahnya
Akulah yang berada di pentas drama itu
Menjalani hidup di alam fantasi
Memahat cita dan cinta
Di dalam drama terbitanku

No comments: