Pages

July 07, 2010

Nuklear Dalam Bidang Kesihatan dan Perubatan

Dalam bidang kesihatan dan perubatan, teknik-teknik berkaitan nuklear banyak digunakan dengan berkesan dan meluas. Antaranya :

Radiologi Diagnosis
Teknik mengimbas pesakit bagi mengdiagnosis penyakit menggunakan x-ray, dan juga teknik berdasarkan nuklear seperti resonan magnet nuklear (nuclear magnetic resonance, NMR).

Perubatan Nuklear
Dalam diagnosis, bahan radioaktif berhayat pendek biasanya dimasukkan bersama-sama bahan pembawa ke dalam tubuh pesakit. Sinar gamma yang dihasilkan bahan radioaktif dapat dikesan di organ badan yang dikaji. Untuk rawatan penyakit, bahan radioaktif yang lebih aktif akan digunakan, seperti Iodin-131 untuk merawat penyakit tiroid (hypertyroidsm).

Radioterapi
Teknik ini digunakan untuk merawat kanser, dengan membunuh sel-sel kanser. Sinaran x-ray, sinar gamma atau elektron bertenaga tinggi ditujukan ke tisu bermasalah (kanser), dan kemudian membunuh sel-sel bermasalah tisu tersebut.

Penghasilan Radionuklid
Penghasilan radionuklid buatan yang diperlukan dalam bidang perubatan dan industri juga adalah berkaitan dengan penggunaan teknik nuklear.

1 comment:

schmellow said...

hi darling. u've been tagged!!