Pages

August 19, 2010

Cik Bedah yang....

I found this interesting entry while doing my blogwalking routine. A very good entry written by b2b cik xora which most of us penah lalui benda ni. Penah dgr or ckp bout all these things. Mari sama2 baca n pikirkan yer.

Susah ke nak kahwin ni? Kahwin memang susah, tapi lagi susah menghadapi soalan yang dilontarkan oleh 'Cik Bedah'

1. Kahwin
Kalau kahwin awal, dikata "Erm.. dah gatal nak berlaki la tu!"
Kalau kahwin lewat, dikata "Psst.. Dia tu jual mahal. Pasal tu tak laku-laku"

2. Anak
Kalau bunting pelamin, dikata "Ei, mengandung 2 bulan dah? Rasanya baru sebulan setengah kot diorang kahwin. Jangan-jangan...."
Kalau tak de rezeki lagi, dikata "Dah setahun kahwin, takde isi? Mandul la tu!"

3. Wang Hantaran
Kalau diletak tinggi, dikata "Amboi! Hebat sangat ke anak dia tu sampai letak wang hantaran tinggi-tinggi?"Kalau diletak rendah, dikata "Rendahnya. Bakal suami dia tak mampu la tu"
 
4. Majlis
Kalau sederhana, dikata "Erm.. kahwin sekali seumur hidup. Buat apa buat majlis kecik!"
Kalau mewah, dikata "Membazir betul! Baik simpan duit tu untuk kehidupan lepas kahwin"

5. Mekap
Kalau sederhana, dikata "Ei, muka pengantin tu buruknya. Kan elok amik makeup artist yang bagus sikit. Tu pun nak berkira"
Kalau cantik, dikata "Mekap, kalau dibuat mata cam Rozita Che Wan pun, nanti dah basuh mekap, sepet juga mata tu. Rugi aje seribu bayar mekap"

6. Photo
Kalau sederhana, dikata "Gambar ni aje kenangan. Baju kahwin, pelamin, tu semua kena pulankan balik. Apa salah kuar banyak sikit budget untuk gambar"Kalau mahal, dikata " Ala mahal cam ni pun, nanti dah 4 bulan kahwin, takde nya nak tengok album ni sama-sama. Nanti buat kumpul habuk aje!"

7. Makan
Kalau banyak lauk, dikata "Siapa nak habiskan semua lauk ni? Tetamu bukannya dia jemput ramai pun!"Kalau lauk sikit, dikata "Panggil orang kenduri. Lauk macam makan tengah hari aku masak kat rumah aje!"

8. Pelamin
Kalau pelamin lama, dikata "Ei, tak sesuai langsung la warna pelamin tu! Cam kampung betul taste pengantin ni!"Kalau pelamin moden, dikata "Ala. pelamin ni dah biasa aku tengok kat wedding lain. Tak unik mana pun!"

9. Door gift
Kalau tuan rumah kasi buah tangan sikit, dikata "Aku penat-penat datang dari jauh, muffin aje dapat!?"Kalau tuan rumah kasi buah tangan banyak, dikata "Ala, Nak nampak grand aje la tu kasi paper bag, tapi dalam tu setakat kerepek, gula-gula, muffin, tisu ni, huh murah aje"

10. Jemputan
Kalau dijemput "Aku ni bukan teringin sangat nak gi kenduri dia. Tapi pasal aku nak tengok, hebat sangat ke majlis dia tu!"Kalau tak dijemput "Dia tu takmo jemput aku pasal malu la tu, majlis dia mesti cikai-cikai aje tu..!"

Mereka digelar Cik Bedah a.k.a Mulut Bedebah.

Kadang2 kite xperasan pun ape yg keluar dr mulut sendri kan. Mari sama2 blaja tuk respect perasaan org lain. Respect the privacy.. respect the idea.. respect the effort.. and respect everything. Renung2kan..

*** Thank you to Cik Xora for sharing this. U ols bleh read full entry and comments yg berjela2 at her blog

1 comment:

sUziE said...

Betul...betulll...betulll....
Skang nie jgn pikir kata owg,
Pekakkan telinga jerk.