Pages

September 28, 2010

Belimbing adalah starfruit

Kali ni nak share info sihat ngan kwn2 semua. Tentang khasiat buah.  Sejak tiga bulan ni sy start mengamalkan mkn buah pd setiap hari. Everytime kuar wiken mmg wajib beli buah bout 10 biji tuk stok seminggu. Kalo xkuar, beli je kat minimart kt opis tu, tp x best kat situ sbb jual imported fruits je. Marila sama2 mengamalkan pemakanan sihat yer kawan2. Arap2 dpt maintain amalan ni.. Haha sedikit kurang yakin ngan diri sendri. Ok memandangkan buah pilihan minggu ni adalah buah belimbing dan pear, jadi sy nak berkongsi sikit info ttg buah belimbing.
Belimbing merawat kencing mani, tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur. Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam: menurunkan tekanan darah tinggi, anti oksida, anti kanser, melancarkan pencernaan, menurunkan kolestrol dan membersihkan usus.
 
Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

Di India, buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat India untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diekstrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata .

Di Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah. Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm.
Sumber: Srikandeh


Buah Belimbing Bintang Penawar Hipertensi

Kajian saintifik telah menunjukkan buah belimbing bintang mempunyai khasiat perubatan selain kaya dengan vitamin.

School of Pharmaceutical Sciences , Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjalankan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa buah belimbing mampu mengurangkan tekanan darah. Apabila jus belimbing diberikan kepada tikus semasa kajian, tekanan darah binatang tersebut telah turun, diikuti kenaikan , kemudian menurun semula dengan perlahan. Oleh itu ada kemungkinan buah belimbing, jika kerap dimakan, boleh membantu mereka yang menghidap tekanan darah tinggi. Buah ini dapat membantu melawan kesan pemakanan makanan terproses yang menyumbangkan kepada kenaikan tekanan darah tinggi.

Dalam kajian lain USM juga telah menunjukkan jus belimbing mempunyai sifat-sifat antibakteria seperti staphylococcus penyebab beberapa penyakit seperti indigesi dan masalah kulit.

Buah belimbing bintang juga mempunyai Vitamin A yang tinggi di antara buah-buahan tempatan Malaysia. Setiap 100g mempunyai 155 mcg Vitamin A. Ia juga mengandungi Vitamin B (thiamine, riboflavin), dan mineral kalsium dan besi. Protein, lemak dan karbohirat juga ada dalam bilangan yang kecil.

Sumber: Penawaralami
(New Straits Times, 22nd Aug 1984)
 
 

3 comments:

armouris said...

info tentang ekzema di SIHAT SELALU - Rawatan dan Komplikasi Ekzema Atopik

☆ ied_essur ☆ said...

eh! btl ke belimbing tu elok org ekzema? ni aku blh try...
ekzema aku xbaik2... :(

L i 3 z @ said...

aku pun xtau ied. yg aku tau aku suka mkn buah =)