Pages

November 02, 2010

Air bah = Banjir

2010/11/02
21 sekolah di Perlis ditutup akibat banjir

KANGAR: Sebanyak 21 sekolah di Perlis diarah tutup hari ini berikutan keadaan banjir di negeri itu yang bertambah buruk.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat, berkata penutupan 11 sekolah kebangsaan dan 10 sekolah menengah itu membabitkan 9,226 murid dan pelajar.

"Murid dan pelajar di sekolah terbabit diarah pulang ke rumah masing-masing dan kami akan memaklumkan pembukaan semula sekolah selepas keadaan banjir pulih," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.  

Beliau berkata, dengan penutupan itu, Jabatan Pelajaran Negeri menangguhkan peperiksaan akhir tahun di semua 101 sekolah menengah dan rendah di negeri ini. Peperiksaan akan diadakan apabila banjir kembali pulih.

Mansor berkata, antara sekolah kebangsaan (SK) yang ditutup ialah SK Panggas, SK Padang Melangit, SK Bukit Keteri, SK Santan, SK Arau, SK Tengku Budriah, SK Sanglang, SK Sri Indra dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hwa Aik. Sekolah menengah yang ditutup pula termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Sheikh Ahmad, SMK Arau, SMK Agama Arau, SMK Syed Hassan, Sekolah Menengah Vokasional Arau dan Sekolah Menengah Vokasional Kangar.

Beliau berkata, sehingga kini 80 daripada 101 sekolah di negeri ini berjalan seperti biasa, tetapi kehadiran pelajar adalah berkurangan. - BERNAMA


- - - - - - - 
Banjir kali ni dikatakan paling teruk sejak lima thn lepas. Hujung tahun 2005 dah penah berlaku banjir teruk yg mana buat pertama kali dalam sejarah idop aku sejak dilahirkan, kampung aku dilanda banjir. Kali ni banjir lg skali. Tp alhamdulillah umah kitorg lom penah dimasuki air. Umah jiran2 yg selang 4 5 biji dr umah kitorg dah pun dimasuki air. To those yg byk bergantung hidup pd hasil pertanian, i know ini adalah masa tenat tuk derg semua. Byk modal dah dilabur. Kudrat dicurahkan. Tp hasil xdapat dituai kali ni. Takziah tuk semua yang terpaksa menghadapi dugaan ni. Semoga kedaan cepat reda n kembali pulih. Amin..

No comments: