Pages

November 29, 2010

Today monday blues is +ve

Arini ni adalah hari isnin. Ramai yg xsuka bila hari isnin dtg kan. As usual la.. mood malas nk g keje! Rasa mcm nak samb cuti lg. Liatnya nak bgn pagi isnin tu, hm toksah cakap la kan.. Mmg jenuh berperang ngan mata sendri =p Ok mood isnin saya pada harini adalah sgt baik n memberangsangkan. Lain dari isnin2 sebelum ni. Lagi cepat ahad berlalu n isnin dtg, lagi cepatla jumaat dtg =)

*** my countdown : 4 days to go! yippieee!!! =)

Selesanya perut...

Setelah sekian lama mengidam nak mkn kopok lekor tengganu kito, akhirnya arini dpt gak mkn. Thankyou to my hausmate yg pesan kopok lekor kat her opismate. Imported from tengganu kito! Nyum nyum. Walopun sikit je, tp xpela dpt merasa sorang sikit kan. Dah lama sgt ngidam n tunggu. Ok sape lg kt kuching ni nak blk klate or ganu, sila angkat bahu. Saya mau pesan kopok. Lom puas makan lagi =p 


November 25, 2010

Road to Betong

A road to Wembley! Erk... A road to Betong la.. Hehe.. Mari berjalan2 melawat Sarawak! Kuching > Siburan > Serian > Simunjan > Sri Aman > Engkilili > Betong. It was unplanned trip. Decide masa tgh lunch yer kawan2. Bertolak sabtu tengahari. Bertolak balik ke kuching plak on tengahari ahad. Satu malam je. What a very short trip yg sgt jauh! 239km tau.  So two ways equal to 478 km. Jauh gilak! Hanya sempat singgah2 jela. Xpe yg penting i sudah sampai few town kt sarawak ni. Yeahaaaa!!!

sri aman.. tempat ni femes ngan pesta benak. pesta ape tu? korg google la sendrik =p


KakNur's hometown - ibanese modern longhouse at betong

pusat pentadbiran betong a.k.a mini putrajaya

pekan betong

pekan engkilili

November 21, 2010

Love: Commitment vs Sacrifice

Some said love needs commitment. Some said love needs sacrifice. Some said love needs both. So what u said? I said both - commitment & sacrifice must come bersama2. Or else, we are type yg jual ikan selfishness, semua asek die je btol n die je nak menang. Tak ke haru biru camtu? Haish...

So why i choose kedua2nya? Because i defined love is wanting happiness and everything that is good tuk insan tersayang. Love is not wanting someone, it's wanting what is best for them. I don't care if  my partner is with someone else, as long as dia hepi, bahagia n selesa. Takkanla nak suh die stick wif me, sedangkan die pura2 hepi kot. Atau  dalam tekanan bcinta ngan paksarela (eh, ade ke paksarela bcinta? mmg ade zaman skang ni..) It hurts more kan. So, knowing that he is happy is all I need. It's about sacrifice. What about a commitment plak? Cane nk define ek? Hm, i choose this phrase to explain what my heart said.. 'Love recognizes others and their needs... their needs to be noticed, to be accepted, appreciated, to be loved, and to know that they matter' (read this sumwhere tp xigt katne).

*** Tepuk dada tanya selera. Renung-renungkan n selamat beramal. Semoga berbahagia selalu. Ameen...

Permainan cinta

Selamat petang semua! Di kala kebusanan ni apa kata korang try love game ni. Best gak. Walopun kdg2 kite rasa benda2 ni cam ngarut je, tp skali skala mghiburkan ati xsalah kan. Lets give a try! Sila click link kat bawah ni yer :

http://www.secret-loves.com/index.php?test=1872131

Hari jadiku

 
Yesterday was 20th November. Alhamdulillah saya masih mampu bernafas dan meneruskan perjuangan di bumi pinjamanNya ini untuk tahun ke-26. Actually nothing much to share here pun. I didnt have any birthday conversation with anyone on the day.  Except for ten minutes calls from my sis. Few sms from families and friends. And comments at facebook. No celebration. No party (the last i had was on 2004 kot..). No present. It was just a normal daily day for me. But i would like to thank all  of you for the warm wishes. May God bless us. So that's all my 2010 birthday story.


HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

November 18, 2010

Dia yg kreatif

Xtvt mengsurbey nikah outfit menyebabkan sy suda jatuh cinta sama ini designer. ZERY ZAMRY. Mmg design die meletop! N design baju nikah tersangatlah suuuuwiiiit!! Simple n sweet. Sy saaaangattttt suka! Korang xcaya? Sila scroll ke bawah...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
Yang ni mmg sy suda jatuh cinta pandang pertama. Sgt suka design n cutting baju ni. Simple n sgt sweet!


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
 Ini pun sgt sweet! Tp baju mcm agak kurang sesuai tuk yg btudung (xpe no hal la, boleh redesign sket kan..)


*

*
*

*

*

*

*

*

*

*
Nak tgk lagi? Dua cukupla kot.. Kalo nak lagi silalah visit blog ZERY ZAMRY yer kawan2.. Memang cuci mata abes. Rasa macam nak kawin pakai 20 persalinan je =p

November 16, 2010

Aidiladha

Tahun ni sy hanya beraya d kuching. Hm beraya ke? Tak kot. sekadar dok kat umah sorg diri. Rilex2 mkn tdo. Cuti sehari je sok. Papepun selamat hari raya aidiladha kepada semua. Maafkan salah silap terlebih terkurang. Enjoy your raya! 

November 14, 2010

Hati ini

There are times when strangers are like family,
and family are like strangers.

Kadang2 org yg sgt rapat dgn kita n dah kita anggap macam ahli keluarga sendiri, secara sedar atau tak sedar mereka inilah yg paling banyak sakitkan hati kita. Paling banyak morobek perasaan kita. Paling banyak mengabaikan jiwa kerdil kita. Paling byk menitiskan air mata kita. Kenapa hati kita kadangkala mudah tersentuh dgn mereka yg kita anggap mcm keluarga ni? Mungkin sbb kita menaruh harapan terhadap mereka. Mungkin sebab kita terlalu percayakan mereka. Mungkin sebab xpenah terlintas mereka akan mengecewakan kita. Mungkin sebab kita xpenah terpk yg mereka akan sampai hati membuatkan kita sedih. Sampaikan kadangkala mungkin terdetik sedikit penyesalan dgn mereka yg kita dah anggap mcm keluarga sendiri ni. Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui setiap yg tersirat di sebalik jasad hambaNya.

Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini. Sesungguhnya aku adalah hambaMu yg lemah. Kurniakanlah aku kesabaran yang tinggi dalam menempuh segala dugaan dan cabaran hidup ini.  Amin.

November 07, 2010

Pendakian Serapi Mount

Salah satu xtvt masa kursus aritu was pendakian gunung serapi. It took about 3hours to climb up and another 3hours to go down. (tempoh pendakian tuk insan yg kurang fit yg dah dua tahun langsung tak bersukan!). Xpela, yg penting i sampai ke puncak tanpa sebarang bantuan. And i wasnt the last person reached the top ok. There were 100 of us, and my clicks n me smpai in between all of us. Kire tgh2 la.. (not bad la kan..)

in bus.. otw to mount serapi

entrance @ kaki gunung (masa ni sume bersemangat waja)

ekspedisi bermula.. menuju puncak!

finally.. we were on top of the mount. yeaahaaa!!!

view dari puncak gunung. indahnya ciptaan Tuhan..

above is my group n below is pic of all 101 of us

November 02, 2010

Air bah = Banjir

2010/11/02
21 sekolah di Perlis ditutup akibat banjir

KANGAR: Sebanyak 21 sekolah di Perlis diarah tutup hari ini berikutan keadaan banjir di negeri itu yang bertambah buruk.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat, berkata penutupan 11 sekolah kebangsaan dan 10 sekolah menengah itu membabitkan 9,226 murid dan pelajar.

"Murid dan pelajar di sekolah terbabit diarah pulang ke rumah masing-masing dan kami akan memaklumkan pembukaan semula sekolah selepas keadaan banjir pulih," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.  

Beliau berkata, dengan penutupan itu, Jabatan Pelajaran Negeri menangguhkan peperiksaan akhir tahun di semua 101 sekolah menengah dan rendah di negeri ini. Peperiksaan akan diadakan apabila banjir kembali pulih.

Mansor berkata, antara sekolah kebangsaan (SK) yang ditutup ialah SK Panggas, SK Padang Melangit, SK Bukit Keteri, SK Santan, SK Arau, SK Tengku Budriah, SK Sanglang, SK Sri Indra dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hwa Aik. Sekolah menengah yang ditutup pula termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Sheikh Ahmad, SMK Arau, SMK Agama Arau, SMK Syed Hassan, Sekolah Menengah Vokasional Arau dan Sekolah Menengah Vokasional Kangar.

Beliau berkata, sehingga kini 80 daripada 101 sekolah di negeri ini berjalan seperti biasa, tetapi kehadiran pelajar adalah berkurangan. - BERNAMA


- - - - - - - 
Banjir kali ni dikatakan paling teruk sejak lima thn lepas. Hujung tahun 2005 dah penah berlaku banjir teruk yg mana buat pertama kali dalam sejarah idop aku sejak dilahirkan, kampung aku dilanda banjir. Kali ni banjir lg skali. Tp alhamdulillah umah kitorg lom penah dimasuki air. Umah jiran2 yg selang 4 5 biji dr umah kitorg dah pun dimasuki air. To those yg byk bergantung hidup pd hasil pertanian, i know ini adalah masa tenat tuk derg semua. Byk modal dah dilabur. Kudrat dicurahkan. Tp hasil xdapat dituai kali ni. Takziah tuk semua yang terpaksa menghadapi dugaan ni. Semoga kedaan cepat reda n kembali pulih. Amin..