Pages

July 31, 2011

Ya Ramadhan


Selamat berpuasa kawan2 semua! Semoga Ramadhan kali ni lebih mendekatkan kita dengan Dia. InsyaAllah

July 27, 2011

Kehidupan

Life is not much where we are, but in what direction we are moving. Penah dgr phrase ni? Tu haa.. terpampang kat atas blog i ni =p Suddenly rasa mcm i dunno where am i right now. And what direction am i moving. Kejap kiri. Kejap kanan. Kejap depan. Kejap blakang. Kejap atas. Kejap bawah. Hm ikot flow jela.. Hidup ni ibarat roda and bola kan. Trima and redha saja..

July 25, 2011

Kamek Mauk Pulai

I am going back again in another 2weeks. Cuti 1 hari je on Monday, 08/08. Macam tak berbaloi kan balik dr kuching ke kl amek cuti seari je. Haha. But berbaloi dpt jupe famili n berbuka ngan makanan yg best2! I dun care, coz i mmg setia menyumbang tuk airasia =p Mau bersahur and berbuka puasa wif family. Terpk2 menu berbuka puasa masa balik shah alam nnt. Owh.. jugak mau serbu bazar ramadhan kt stadium.  Cet! Tak agak2 pk kan, padahal blom pun start puasa lg kan. Haha.
* Lagu raya dah berkumandang di supermarket n shoping mal kt sini. Blom pun start puasa, dah sebok nak beraya. I dun think its good la. Mengurangkan penghayatan ramadhan yg mulia. Tak gitu?

July 24, 2011

Jawapan Allah

Baru lepas baca entry posted by my kawan back in uitm dulu, puan zati. Rasa lebey tenang di kala hati ni gundah gulana. Pergh! Ayat tak hengat! Haha. Btw, tq zati for sharing this. Sowi i copy tanpa permisi. Hehe. Ok kawan2, sama2 renungkan yer.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

July 17, 2011

KURUS menjelang raya

My own program pelangsingan badan already started last two weeks. For now, dah berjaya turunkan berat badan sebanyak sesikit 1.5kg. Which means i need to still workout to achieve my target. I aim for 4*kg. Rasa mcm xbyk pun nak kena turunkan berat badan ni tuk capai target, since my berat pun xpenah cecah 50kg sepanjang hayat setakat ni. But napela xmo turun2 ni, sket je turun =( Gosh susah benor nak bako lemak ni! Ok program stakat 2minggu ni yg dah successfully berjaya go tru was:

Weekdays
Sarapan pagi : 1keping roti (plain je) ngan air masak
Minum pagi : 1keping roti (also plain) ngan susu anlene dicampur nestum
Lunch: Nasi separuh (order nasi goreng pun mintak half je walopun kena bayo harga normal, xpe yg penting jgn bazir makan xabeh nnt) wif air teh o limau/ sirap limau
Minum petang: Buah and vitagen (sbg pengganti yakult, kt sarawak xde jual yakult ok) 
Dinner: Roti ngan milo (Kadang2 mkn nasi 1senduk if tengahari xmkn nasi. Lapo weh! Hehe)
Supper: Buah

Weekend
Makan sesedap rasa. Owh no way! Makan lebey sket compared to weekdays tp stil under control. Lebey time diner sbb ari cuti masak tengahari xtra tuk mlm skali. So mlm mkn nasi 1 senduk. Hehe.

Nway, lagi few days dah nak start puasa Ramadhan. Hope lebey senang nak turunkan berat badan since i am not a person yg mkn itu ini masa berbuka. Cukup sekadar berbuka ngan kurma, nasi wif 1 or 2 lauk n sayur dan minuman. Kuih pun xmkn sgt. Beli 3biji, tp mkn 1 biji je.  Bior btol?? Betul la.. Idup kat perantauan mmg macam ni la kan. So plan moreh tahun ni is mkn kurma and other buah. Boley buat ke ni?? Mesti cuba! And mesti capai target b4 raya. Gambate!


*Pssttt.. After raya nak p tempah baju. So cik lieza, kamu mesti in good shape. No lemak berlebihan sana sini and no spare tyre plis!